• Ibadat
  • Pesanan
  • Sirah
  • Ibadat
  • Pesanan
  • Sirah

Saya IslamSaya Sayang Islam

Mudah: Cara Solat Taubat

solat taubat
Megat Syafferizul
Tuesday, 21 April 2020 / Published in Ibadat

Mudah: Cara Solat Taubat

4
SHARES
ShareTweet
Isi Kandungan hide
1 Syarat Solat Taubat
2 Cara Solat Taubat
2.1 1. Niat Solat Taubat
2.2 2. Bacaan Dalam Solat
2.3 3. Tasbih
2.4 4. Istighfar
2.5 5. Bacaan Doa Taubat

Solat taubat dilakukan oleh seseorang yang banyak melakukan dosa tak kira samada dosa kecil atau dosa besar yang sudah insaf dan ingin meminta pengampunan daripada Allah. Seseorang yang ingin melakukan solat taubat perlulah betul-betul insaf dan bertekad tidak akan mengulangi kesilapan yang pernah dilakukan.

Manusia itu sifatnya pelupa dan alpa. Malah penuh dengan dosa. Namun, itu tidak bermakna yang kita tidak ada peluang untuk menebus dosa-dosa kita itu. Tidak ada cita-cita atau impian yang lebih besar daripada mendapat redha Allah dan seterusnya mendiami syurga Allah yang hakiki di akhirat nanti.

“Maka Aku katakan kepada mereka, “Mohonlah ampun kepada Tuhanmu. Sesungguhnya Dia Maha Pengampun. Nescaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, dan memperbanyak harta dan anak-anakmu, dan mengadakan untuknya kebun-kebun dan mengadakan (pula di dalamnya) untukmu sungai-sungai.”

Surah an-Nuh: ayat 10-12

Syarat Solat Taubat

Solat taubat ini dilakukan sesudah seseorang itu menginsafi kesalahan dirinya sendiri lantas memohon keampunan daripada Allah.

Tiada syarat khusus untuk melakukan solat taubat tetapi sekiranya anda ingin melakukan solat taubat, anda perlu:

  • Betul-betul insaf dan menyesal akan kesilapan atau dosa
  • Sudah tidak melakukan kesilapan atau perbuatan dosa tersebut
  • Menanam keinginan dan cita-cita untuk tidak mengulangi kesilapan tersebut

Tetapi apabila kita melakukan perbuatan dosa terhadap manusia seperti mencuri, mengumpat, memukul dan sebagainya maka hendaklah ditambah lagi satu syarat, iaitu memulangkan semula barang yang dicuri dan memberitahu kesalahan yang telah dilakukan.

Cara Solat Taubat

Solat taubat boleh dilakukan dengan dua rakaat, empat rakaat dan enam rakaat.

Cara bacaan dalam solat adalah sama seperti solat yang lain.

1. Niat Solat Taubat

solat taubat

Bacaan rumi: Usolli sunnata taubati rak’ataini lillahi taala

“Sahaja aku mengerjakan solat sunat taubat dua rakaat kerana Allah Ta’ala.”

2. Bacaan Dalam Solat

Dalam rakaat pertama, baca surah al-Fatihah dan surah al-Kafirun. Rakaat kedua, baca surah al-Fatihah dan surah al-Ikhlas.

3. Tasbih

Ketika sujud akhir dalam rakaat kedua, baca tasbih berikut sebanyak 40 kali selepas baca tasbih biasa:

solat taubat

Bacaan rumi: Laa ilaaha illa anta subhanaka inni kuntu minazzolimin

“Tidak ada Tuhan selain Engkau. Maha Suci Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim.”

4. Istighfar

Sesudah salam, perbanyakkan istigfar dan memohon keampunan kepada Allah (sambil menyesali dosa-dosa yang dilakukan)

1. Bacalah istighfar berikut sebanyak 10 atau 100 kali.

solat taubat

Bacaan Rumi: Astagfirullah hal ‘azim allazi laa ilaaha illa huwalhayyu-qoyyum wa atu bu ilaih.

“Aku memohon keampunan Allah yang Maha Besar, tiada Tuhan melainkan Allah, Dialah yang Maha Hidup, Maha berdiri sendiri dan aku bertaubat kepadaNya.”

2. Istighfar Tauhid berikut sebanyak 10 atau 100 kali.

“Aku memohon ampun kepada Allah yang Maha Agung yang tiada Tuhan melainkan Dia, Yang Maha Hidup Lagi Maha Mengurus! Aku bertaubat kepada-Nya selaku taubatnya seorang hamba yang banyak dosa yang tiada menguasai akan dirinya dan tidak mampu membuat, menolak mudharat dan manfaat serta tidak dapat menguasai kematian, hidup dan kebangkitan.”

3. Penghulu istighfar sebanyak 3 kali

“Ya, Allah Engkaulah Tuhanku, Tidak ada Tuhan selain Engkau, Engkaulah yang menjadikan aku. Sedang aku adalah hamba-Mu dan aku di dalam genggaman-Mu dan di dalam perjanjian setia ( beriman dan taat ) kepada-Mu sekuat mampuku.

Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan yang telah aku lakukan. Aku mengakui atas segala nikmat yang telah Engkau berikan kepada ku dan aku mengaku segala dosaku. Maka ampunilah aku. Sesungguhnya tidak ada yang dapat mengampuni segala dosa kecuali Engkau.”

Amalan ini sesuai dengan firman Allah:

“Dan mereka itu apabila melakukan perbuatan keji atau menzalimi diri mereka, maka mereka mengingati Allah lalu beristighfar ke atas dosa-dosa mereka. Dan siapakah yang mengampunkan dosa selain Allah. Serta mereka tidak berterusan terhadap apa yang telah mereka lakukan dalam keadaan mereka mengetahui.”

Surah Aali Imraan: 135

5. Bacaan Doa Taubat

Akhir sekali adalah berdoa.

Berdoalah mengikut luahan hati mengharapkan keampunan dan keredhaan Allah.

Namun jika anda buntu, anda boleh membaca doa khusus di bawah ini untuk memohon keampunan Allah

Bacaan Rumi: Allahumma inni zholamtu nafsi zull-man kasiran walaa yagh-firu zunuuba illa anta, fagh-firli min indika magfirotan innaka antal rgho-fuu rur-rahim.

Ya Allah, sesungguhnya aku telah menzalimi diriku sendiri dengan kezaliman yang besar. Dan tiada siapa yang akan mengampuni dosa-dosaku melainkan Engkau. Maka ampunilah aku dengan keampunan yang besar daripada sisiMu. Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Pengasih.

6. Doa Dalam Sujud

Selepas melakukan doa di atas, sujud dan baca doa berikut

Bacaan Rumi: Allaahumma annta rabbii laa ilaaha illaa annta khalaq-tanii wa anaa ‘abduka wa anaa ‘ala ‘ahdika wawa’ dika maas-tatha-tu ‘a-uudzu-bika min syarrimaa shana-tu abuu-u laka bini’matika alayya wa abuu-u bidzanmmbi fagh-fir-lii fa-innahu laa yagh-firudz-dzunuuba illaa annta.

Ya Allah, Engkaulah Tuhanku, tidak ada Tuhan kecuali Engkau, Engkau telah menciptakan aku dan aku adalah hambaMu, dan hamba pasti menuruti ketentuan-ketentuanMu, janji-janjiMu sesuai kemampuanku. Aku meminta penjagaanMu dari buruknya segala perbuatanku, aku mengakui segala nikmat yang Engkau berikan dan mengakui adanya dosa-dosa yang aku lakukan. Tidak ada yang mengampuni dosa-dosa kecuali engkau.

Luahkan segalanya kepada Allah dengan sebenar-benar taubat. Anggaplah seolah-olah sekejap lagi kita akan mati. Pasti kita akan berdoa dengan penuh khusyuk dan bersungguh-sungguh.

Mudah sahaja kan untuk solat taubat? Ambil masa dan muhasabah diri setiap hari. Saban hari, ada saja dosa yang kita lakukan. Bersihkan kembali diri kita daripada dosa dengan membanyakkan istighfar dan memohon keampunan kepada-Nya. Amalkan solat sunat taubat setiap hari jika boleh.

Mari kita renungkan, Rasulullah s.a.w yang bebas dosa itu pun beristighfar tidak kurang dari 70 kali setiap hari. Jadi, sudah tentu kita manusia yang setiap detiknya sentiasa menambah koleksi dosa seharusnya lebih banyak beristighfar dan memohon keampunan Allah.

Lalu, bagaimana pula dengan kita yang mahu mengikut dan menjadi umat Rasulullah? Sudahkah kita beristighfar lebih 70 kali pada hari ini?

4
SHARES
ShareTweet
Tagged under: cara solat taubat, solat taubat, taubat

What you can read next

solat tarawih
Solat Tarawih 8 Rakaat Dan Solat Witir
solat sunat aidilfitri di rumah
Cara Solat Sunat Aidilfitri Di Rumah
bacaan doa iftitah
12 Cara Bacaan Doa Iftitah Dalam Sembahyang

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Posts

  • solat sunat aidilfitri di rumah

    Cara Solat Sunat Aidilfitri Di Rumah

    Cara solat sunat Aidilfitri di rumah. Solat sun...
  • solat tarawih

    Solat Tarawih 8 Rakaat Dan Solat Witir

    Cara Solat Tarawih. Setiap tahun, seluruh umat ...
  • selawat nabi

    Koleksi Selawat Nabi Muhammad

    Selawat Nabi Muhammad SAW.Manusia sangat memerl...
  • dhuha

    Cara Mudah Solat Dhuha Berserta Doa Dhuha

    Solat dhuha merupakan solat sunat yang istimewa...
  • doa buka puasa ramai

    Mudah: 2 Doa Buka Puasa Ramai & Bersendirian

    Doa buka puasa ramai. Ramai juga yang bertanya ...

SAYA ISLAM

  • Ibadat
  • Pesanan
  • Sirah

Copyright © 2020
All rights reserved.

TOP