• Ibadat
  • Pesanan
  • Sirah
  • Ibadat
  • Pesanan
  • Sirah

Saya IslamSaya Sayang Islam

Mudah: 2 Doa Buka Puasa Ramai & Bersendirian

doa buka puasa ramai
Megat Syafferizul
Friday, 17 April 2020 / Published in Ibadat

Mudah: 2 Doa Buka Puasa Ramai & Bersendirian

8
SHARES
ShareTweet

Doa buka puasa ramai. Ramai juga yang bertanya bagaimana cara doa buka puasa ramai.

Dalam artikel ini kita akan menyentuh cara untuk doa buka puasa ramai dan juga cara doa buka puasa sendiri.

Baca Juga: 6 Jenis Puasa Sunat Amalan Nabi Muhammad SAW

Doa Buka Puasa Ramai

doa buka puasa ramai

Ejaan rumi: Allahumma Lakasumna Wabika Aamanna Wa’alaa Rizqika Afthorna Birohmatika Yaa Arhamar Roohimiin

Doa Buka Puasa Sendiri

Doa buka puasa bersendirian adalah sama sahaja dengan doa beramai-ramai, cuma diubah “na” kepada “tu” untuk membawa maksud “kami” kepada “aku”

doa buka puasa ramai

Ejaan rumi: Allahumma Lakasumtu Wabika Aamantu Wa’alaa Rizqika Afthortu Birohmatika Yaa Arhamar Roohimiin

Sunnah Ketika Berbuka Puasa

1. Bila waktu berbuka?

Apabila tenggelam matahari dan masuknya waktu Maghrib

2. Menyegerakan berbuka (tidak menangguhkannya)

Dari Amru bin Maimun Al-Audi, telah berkata :

“Sesungguhnya sahabat Muhammad adalah orang yang paling cepat berbuka dan paling lambat bersuhur”

HR Abdurrazzaq

Mengapakah perlu segera berbuka ?

a. Dapat menghasilkan kebaikan

Dari Sahl bin Sa’d, Nabi r telah bersabda :

“Manusia tidak akan sunyi dari kebaikan selama-mana menyegerakan berbuka puasa ”

HR Al-Bukhari

“Umatku akan sentiasa dalam sunnahku selama-mana mereka tidak menunggu bintang untuk berbuka puasa”

HR Ibnu Hibban

b. Mengelakkan dari menyerupai amalan yahudi dan nasrani

Dari Abu Hurairah, Nabi r bersabda :

“Agama ini akan sentiasa menang selama mana manusia menyegerakan berbuka, kerana yahudi dan nasrani mengakhirkannya”

HR Abu Daud

3.Ambil Masa Untuk Berdoa Sebelum Berbuka

Berdoa ketika menunggu waktu berbuka puasa adalah mustajab.

Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud:

“Ada tiga doa yang tidak tertolak. Doanya orang yang berpuasa ketika berbuka, doanya pemimpin yang adil dan doanya orang yang dizalimi.”

Hadis Riwayat At Tirmidzi

Setelah penat seharian berpuasa, Allah mengurniakan satu waktu mustajab untuk orang berpuasa memanjatkan doa kepadaNya.

Oleh itu jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk berdoa apa-apa sahaja hajat kebaikan dunia dan akhirat.

4.Dengan apa berbuka ?

Dari Anas bin Malik :
“Sesungguhnya Nabi SAW berbuka puasa dengan beberapa kurma basah (ruthob) sebelum solat (maghrib), sekiranya tidak ada kurma basah (ruthob) Baginda berbuka dengan beberapa tamar (kurma kering), jika tidak ada tamar (kurma kering), Baginda meneguk seteguk air ”

HR Abu Daud

8
SHARES
ShareTweet
Tagged under: amalan sunnah puasa ramadhan, doa buka puasa, doa buka puasa ramai, doa buka puasa sendirian

What you can read next

puasa sunat
6 Jenis Puasa Sunat Amalan Nabi Muhammad SAW
solat sunat aidilfitri di rumah
Cara Solat Sunat Aidilfitri Di Rumah
solat taubat
Mudah: Cara Solat Taubat

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Posts

  • solat sunat aidilfitri di rumah

    Cara Solat Sunat Aidilfitri Di Rumah

    Cara solat sunat Aidilfitri di rumah. Solat sun...
  • solat tarawih

    Solat Tarawih 8 Rakaat Dan Solat Witir

    Cara Solat Tarawih. Setiap tahun, seluruh umat ...
  • selawat nabi

    Koleksi Selawat Nabi Muhammad

    Selawat Nabi Muhammad SAW.Manusia sangat memerl...
  • solat taubat

    Mudah: Cara Solat Taubat

    Solat taubat dilakukan oleh seseorang yang bany...
  • dhuha

    Cara Mudah Solat Dhuha Berserta Doa Dhuha

    Solat dhuha merupakan solat sunat yang istimewa...

SAYA ISLAM

  • Ibadat
  • Pesanan
  • Sirah

Copyright © 2020
All rights reserved.

TOP