• Ibadat
  • Pesanan
  • Sirah
  • Ibadat
  • Pesanan
  • Sirah

Saya IslamSaya Sayang Islam

Hari Sunat Berpuasa

hari sunat berpuasa
Megat Syafferizul
Thursday, 16 April 2020 / Published in Ibadat

Hari Sunat Berpuasa

3
SHARES
ShareTweet

Hari Sunat Berpuasa. Dalam ajaran agama Islam, ada beberapa hari yang kita disunatkan, dimakruhkan dan diharamkan berpuasa. Ketika kita mencari keredhaan Allah, seharusnya kita memahami beza setiap hari disunatkan, dimakruhkan atau diharamkan tersebut untuk mengelakkan kita melakukan amalan yang ditegah dan sia-sia.

Dalam artikel ini, saya kongsikan hari sunat berpuasa agar dapat kita jadikan panduan dalam usaha kita mendapat keberkatan dan ganjaran berpuasa sunat sepanjang tahun.

Baca Juga: 6 Puasa Sunat Amalan Rasullah SAW

Hari Sunat Berpuasa

1. Puasa 3 hari setiap bulan (Hari Putih)

Hari Putih bermaksud hari ke-13, 14 dan 15 pada setiap bulan Hijrah. Pada tiga tarikh ini, bulan sedang mengambang penuh, sehingga cahayanya menjadi terang. Disebabkan itu, ia digelar ‘Hari Putih’. Adalah lebih afdal untuk kita berpuasa pada Hari Putih.

Sabda Nabi S.A.W., yang bermaksud:

“Apabila kamu berpuasa tiga hari dalam sebulan, maka puasalah pada hari ketiga belas, empat belas dan lima belas.”

HR Tirmizi

Bagaimanapun, kita juga boleh berpuasa pada mana-mana tarikh dalam bulan tersebut.

2. Hari kelapan Zulhijjah

Kita amat digalakkan untuk berpuasa pada hari kelapan Zulhijjah, yang dilakukan selama dua hari berturut-turut. Ini kerana ada keazaman Nabi Muhammad S.A.W. untuk berpuasa pada sembilan Zulhijjah.

3. Puasa enam bulan Syawal

Nabi Muhammad S.A.W. bersabda yang bermaksud:

“Siapa yang berpuasa Ramadan kemudian dituruti dengan 6 hari Syawal, maka dia seperti berpuasa setahun.”

HR Muslim

Bagaimanapun, para ulama mempunyai pendapat berbeza mengenai sama ada puasa tersebut adalah lebih afdal dilakukan secara berturutan atau diasing-asingkan. Namun, kita bebas untuk melakukan puasa enam bulan Syawal pada bila-bila masa, selama mana ia masih dalam bulan Syawal dan tidak pada hari yang dimakruhkan berpuasa.

4. Puasa Isnin dan Khamis

Dalam riwayat Abu Hurairah r.a, Rasulullah S.A.W. bersabda:

“Diangkat amalan seseorang pada Isnin dan Khamis, maka aku lebih suka amalanku diangkat dalam keadaan aku berpuasa.”

HR Tarmizi

5. Puasa pada bulan-bulan ‘Haram’ iaitu bulan Muharram, Rejab, Zulkaedah dan Zulhijjah

Ia tidak bererti berpuasa sebulan dalam keempat-empat bulan tersebut. Sebaliknya, memperbanyakkan puasa pada bulan-bulan tersebut.

Sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud: “… Dan seafdal-afdal puasa selepas Ramadan ialah bulan Allah iaitu bulan Muharram.” – HR Muslim.

6. Puasa hari Arafah

Hanya untuk orang yang tidak mengerjakan haji. Hari Arafah adalah pada 9 Zulhijjah. Puasa pada hari tersebut adalah besar fadilatnya.

Sabda Nabi Muhammad S.A.W. yang bermaksud:

“Puasa hari Arafah, aku mengharapkan pahala kepada Allah bahawa ia menghapuskan dosa setahun sebelumnya dan dosa setahun selepasnya.”

HR Muslim

7. Puasa bulan Syaaban

Saidatina Aisyah r.a menyatakan:

“Tidak pernah Rasulullah S.A.W. berpuasa lebih banyak melainkan dalam bulan Syaaban (selain bulan Ramadan). Sesungguhnya, Baginda S.A.W. telah berpuasa sebulan penuh.”

HR Bukhari dan Muslim.

8. Puasa ‘Asyura

Puasa ‘Asyura ini dilakukan pada hari kesepuluh dari bulan Muharram dan lebih baik jika ditambahkan pada hari kesembilan.

Ini merupakan 8 hari sunat berpuasa untuk anda amalkan agar kita bersama mendapat keberkatan dan redha Allah.

3
SHARES
ShareTweet
Tagged under: hari puasa sunat, puasa sunat

What you can read next

doa buka puasa ramai
Mudah: 2 Doa Buka Puasa Ramai & Bersendirian
puasa sunat
6 Jenis Puasa Sunat Amalan Nabi Muhammad SAW
dhuha
Cara Mudah Solat Dhuha Berserta Doa Dhuha

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Posts

  • solat sunat aidilfitri di rumah

    Cara Solat Sunat Aidilfitri Di Rumah

    Cara solat sunat Aidilfitri di rumah. Solat sun...
  • solat tarawih

    Solat Tarawih 8 Rakaat Dan Solat Witir

    Cara Solat Tarawih. Setiap tahun, seluruh umat ...
  • selawat nabi

    Koleksi Selawat Nabi Muhammad

    Selawat Nabi Muhammad SAW.Manusia sangat memerl...
  • solat taubat

    Mudah: Cara Solat Taubat

    Solat taubat dilakukan oleh seseorang yang bany...
  • dhuha

    Cara Mudah Solat Dhuha Berserta Doa Dhuha

    Solat dhuha merupakan solat sunat yang istimewa...

SAYA ISLAM

  • Ibadat
  • Pesanan
  • Sirah

Copyright © 2020
All rights reserved.

TOP