• Ibadat
  • Pesanan
  • Sirah
  • Ibadat
  • Pesanan
  • Sirah

Saya IslamSaya Sayang Islam

Cara Solat Sunat Aidilfitri Di Rumah

solat sunat aidilfitri di rumah
Megat Syafferizul
Tuesday, 05 May 2020 / Published in Ibadat

Cara Solat Sunat Aidilfitri Di Rumah

6
SHARES
ShareTweet
Isi Kandungan hide
1 Tujuan Solat Sunat Aidilfitri
2 Waktu Solat Sunat Aidilfitri
3 Hukum Solat Sunat Aidilfitri
4 Lafaz Takbir Mursal
5 Cara Solat Sunat Aidilfitri Di Rumah
5.1 Niat Solat Sunat Aidilfitri
6 Khutbah Aidilfitri

Cara solat sunat Aidilfitri di rumah. Solat sunat Aidilfitri adalah sunat Muakkad (sangat digalakkan) dan disyariatkan oleh Allah SWT pada bulan Syawal, tahun pertama Hijrah. Rasulullah SAW tidak pernah meninggalkannya sejak mula disyariatkan sehinggalah Baginda wafat. Begitu juga para sahabat terus melakukannya selepas itu.

Tujuan Solat Sunat Aidilfitri

Tujuan bersolat pada Hari Raya ini ialah untuk mengucapkan syukur kehadrat Allah SWT kerana telah memberi peluang kepada umat Islam berpuasa selama sebulan, pada bulan Ramadhan yang penuh berkat disamping dapat memperbanyakkan ibadah kerana pada bulan ini Allah SWT melipat gandakan pahala ibadah serta dipermudahkan-Nya ibadah dengan pengurungan syaitan.

Umat Islam juga berpeluang berkumpul dan memuji Allah SWT. Setelah beribadah selama sebulan meminta ampun kepada Allah, maka tibalah masa untuk meminta ampun sesama manusia pula. Pertemuan di majlis seumpama ini, membolehkan masing-masing saling bermaaf-maafan dan mempereratkan tali silatul-rahim sesama Muslim.

Waktu Solat Sunat Aidilfitri

Solat sunat Aidilfitri dilakukan antara waktu setelah terbit matahari sehingga sebelum tergelincir matahari pada pagi 1 Syawal. Ia disyari’atkan berjamaah kepada semua mukallaf sama ada lelaki, perempuan, bermukim, musafir, orang bebas atau hamba, sama ada di surau, masjid ataupun di kawasan lapang dan terbuka.

Hukum Solat Sunat Aidilfitri

Digalakkan kita mengerjakan solat sunat aidilfitri di masjid kerana selepas solat, kita boleh berjumpa dengan sahabat taulan untuk bermaaf-maafan dan saling kunjung-mengunjungi ke rumah sahabat taulan.

Walau bagaimanapun pada masa sekarang (tahun 2020) masyarakat Islam di Malaysia tidak dapat mengerjakan solat di masjid kerana ditutup semperna Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) disebabkan untuk mengawal virus Covid-19 daripada merebak, kita digalakkan mengerjakan solat sunat Aidilfitri di rumah.

Solat sunat Aidilfitri dilaksanakan secara berjemaah atau secara munfarid (sendirian). Solat sunat ini dikerjakan sebanyak 2 rakaat.

Boleh dilakukan tanpa atau dengan khutbah selepasnya.

Lafaz Takbir Mursal

Laungkan takbir mursal bersama-sama keluarga bermula dari masuk matahari pada malam hari raya sehingga imam mengangkat takbiratulihram bagi solat sunat Aidilfitri keesokkannya.

solat sunat aidilfitri di rumah
solat sunat aidilfitri di rumah
solat sunat aidilfitri di rumah
solat sunat aidilfitri di rumah

Maksud lafaz takbir mursal

Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar,
Tiada Tuhan yang sebenarnya melainkan Allah, dan Allah Maha Besar, Allah Maha Besar dan untuk Allah segala pujian.

Allah itu Maha Besar sebesar-besarnya, dan segala kepujian kepunyaan Allah sebanyak-banyaknya. Maha Suci Allah pagi dan petang. Tiada Tuhan melainkan Allah. Tidak kami sembah melainkan kepada-Nya. Kami dengan penuh keikhlasan melaksanakan agama-Nya, walaupun orang-orang kafir membencinya.

Tiada Tuhan yag lain melainkan Allah Yang Maha Esa. Dia membenarkan janji-janjiNya dan menghancurkan kumpulan-kumpulan musuh. Tiada Tuhan melainkan Allah. Dan Allah itu Maha Besar, Allah itu Maha Besar dan untuk-Nya segala pujian.

Cara Solat Sunat Aidilfitri Di Rumah

Niat Solat Sunat Aidilfitri

solat sunat aidilfitri di rumah

Usolli sunnatan li ‘iidilfithri rak’ataini makmuman Lillahi Taala

Maksudnya: Sahaja aku solat sunat Aidilfitri dua rakaat sebagai makmum kerana Allah Taala

solat sunat aidilfitri di rumah
solat sunat aidilfitri di rumah
solat sunat aidilfitri di rumah
solat sunat aidilfitri di rumah
solat sunat aidilfitri di rumah
solat sunat aidilfitri di rumah
solat sunat aidilfitri di rumah
solat sunat aidilfitri di rumah
solat sunat aidilfitri di rumah

Khutbah Aidilfitri

Khutbah sunat dilakukan selepas solat sunat Aidilfiti bagi yang berjemaah (kalau tak buat khutbah pun tidak mengapa kerana hukumnya sunat. Kalau buat itu yang terbaik). Bagi yang solat secara munfarid(sendirian) tidak perlulah melakukan khutbah.

Menurut mazhab Syafie: disunatkan dua khutbah sebagaimana khutbah Jumaat (yakni dipisahkan antara keduanya dengan duduk seketika). Rukun-rukun khutbah hari raya sama sepertimana khutbat Jumaat.

solat sunat aidilfitri di rumah
solat sunat aidilfitri di rumah
solat sunat aidilfitri di rumah
solat sunat aidilfitri di rumah

Sumber Gambar: Mohamad Faizal Jamil

6
SHARES
ShareTweet
Tagged under: sembahyang raya di rumah, solat sunat aidilfitri, solat sunat aidilfitri di rumah, solat sunat raya

What you can read next

hari sunat berpuasa
Hari Sunat Berpuasa
selawat nabi
Koleksi Selawat Nabi Muhammad
solat tarawih
Solat Tarawih 8 Rakaat Dan Solat Witir

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Posts

  • solat tarawih

    Solat Tarawih 8 Rakaat Dan Solat Witir

    Cara Solat Tarawih. Setiap tahun, seluruh umat ...
  • selawat nabi

    Koleksi Selawat Nabi Muhammad

    Selawat Nabi Muhammad SAW.Manusia sangat memerl...
  • solat taubat

    Mudah: Cara Solat Taubat

    Solat taubat dilakukan oleh seseorang yang bany...
  • dhuha

    Cara Mudah Solat Dhuha Berserta Doa Dhuha

    Solat dhuha merupakan solat sunat yang istimewa...
  • doa buka puasa ramai

    Mudah: 2 Doa Buka Puasa Ramai & Bersendirian

    Doa buka puasa ramai. Ramai juga yang bertanya ...

SAYA ISLAM

  • Ibadat
  • Pesanan
  • Sirah

Copyright © 2020
All rights reserved.

TOP