Solat dhuha merupakan solat sunat yang istimewa dan mengandungi kelebihan yang luar biasa. Tapi bagaimana caranya, bagaimana niat solat dhuha, doa dan bacaannya? Apa kelebihan dan keajaibanya? Teruskan bacaan anda.
Kelebihan Solat Dhuha
1. Amalan harian Rasullah
Solat ini merupakan satu solat sunat yang diwasiatkan Rasullah kepada Abu Hurairah untuk dijadikan amalan harian
“Kekasihku (Rasulullah SAW) mewasiatkan tiga perkara padaku: berpuasa 3 hari setiap bulan, melaksanakan solat dhuha dua raka’at dan solat witir sebelum tidur.”
Hadis Riwayat Bukhari
2. 2 rakaah dhuha bersamaan 360 sedekah
Kelebihan ini banyak dikaitkan dengan murah rezeki kerana ia bersamaan dengan 360 sedekah
“Setiap pagi, setiap ruas anggota badan kita wajib dikeluarkan sedekahnya. Setiap tasbih adalah sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, setiap tahlil adalah sedekah, setiap takbir adalah sedekah, menyuruh kepada kebaikan adalah sedekah, dan melarang berbuat munkar adalah sedekah. Semua itu dapat diganti dengan solat dhuha dua rakaat.”
Hadis Riwayat Muslim
3. 4 rakaat membawa kepada kecukupan
“Wahai anak Adam, janganlah engkau luput dari empat rakaat di awal harimu, niscaya Aku cukupkan untukmu di sepanjang hari itu.”
Hadis Riwayat Ahmad
4. Mendapat pahala umrah
Daripada Abu Umamah RA bahawa Rasullah bersabda,
“Barangsiapa yang keluar dari rumahnya dalam keadaan bersuci untuk melaksanakan solat wajib, maka pahalanya seperti seorang yang melaksanakan haji. Barangsiapa yang keluar untuk melaksanakan Dhuha, maka pahalanya seperti orang yang melaksanakan umrah”
Sahih Al-Targhib
Adapun kelebihan sembahyang Dhuha itu sepertimana di dalam kita “An-Nurain”, sabda Rasulullah SAW yang maksudnya:
“Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan”
Dalam satu riwayat yang lain, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:
“Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya, nescaya diampuni Allah baginya aku segala dosanya walaupun seperti buih di lautan” (Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)
Bila Waktu Solat Dhuha
Pada saat matahari telah naik lebih kurang setinggi sebatang galah (kira-kira 20 minit selepas terbit matahari) hinggalah matahari berada tepat di tengah-tengah langit (sebelum menjelang Zuhur).
Lafaz Niat Solat Dhuha

Bacaan rumi: Usholli sunnatan d-dhuha rak’ataini lillahi ta’alaa
“Sahaja Aku solat sunat Dhuha dua rakaat kerana Allah Taala”
Solat Dhuha boleh dilakukan dengan dua rakaat sahaja atau boleh diulang sehingga enam kali solat. Bacaan dalam solat dibolehkan membaca sebarang surah. Namun begitu dicadangkan untuk membaca surah al-Shams pada rakaaat pertama dan pada rakaat kedua surah ad-Dhuha.
Doa Dhuha

Maksudnya:
“Ya Allah sesungguhnya waktu dhuha itu, adalah waktu dhuha (milikMu), pancaran cahaya adalah pancaran cahaya (milik)Mu, (Segala) KecantikanMu itu adalah kecantikan (milik)Mu, (Apapun) Kekuatan adalah kekuatan (milik)Mu, (Apa juga) qudrat adalah qudratNya, dan (segala)
perlindungan itu adalah (datang dari) pelindunganNya. Ya Allah sekiranya rezekiku ada di langit maka turunkanlah ia, jika ada di bumi keluarkanlah ia, Jika ia sukar (Kau) mudahkanlah, Jika ia kotor (Kau) suci bersihkanlah, Jika ia jauh dekatkanlah, dan jika ia hampir maka permudahkanlah, dengan kebenaran dhuhaMu, pancaran cahayaMu, KecantikanMu, KekuatanMu dan QudratMu, Berikanlah aku apa yang telah Kau telah berikan (kepada) hamba-hambaMu yang soleh.”
Berikut merupakan Doa Dhuha dalam bentuk video