• Ibadat
  • Pesanan
  • Sirah
  • Ibadat
  • Pesanan
  • Sirah

Saya IslamSaya Sayang Islam

2 Doa Elak Wabak Penyakit Merebak

Doa Elak Wabak
Megat Syafferizul
Wednesday, 18 March 2020 / Published in Ibadat

2 Doa Elak Wabak Penyakit Merebak

6
SHARES
ShareTweet

Doa Elak Wabak. Dengan terdapat pelbagai penyakit berjangkit sekarang kita hanya mampu berserah kepada Allah untuk menjauhkan kita dari terkena penyakit tersebut. Yang terbaru pada tahun 2020 ini ramai bimbangkan virus Covid-19 yang amat mudah merebak.

Sebaiknya kita Umat Islam meminta perlindungan dari Allah, supaya dijauhkan penyakit seperti ini. Sesungguhnya setiap bala dan virus yang Allah سبحانه وتعالى utuskan tidak akan menimpa seseorang melainkan dengan qada’ dan qadar dari Allah سبحانه وتعالى jua.

Sejak kebelakangan ini, berita penularan virus Covid-19 telah menggemparkan seluruh dunia. Semua orang mengambil langkah pencegahan dan berjaga-jaga bagi mengelak dari dijangkiti virus ini. Tambahan pula, setiap hari ada saja kes yang dilaporkan dan jumlah kematian juga semakin meningkat.

Selain pemakaian topeng muka, kerap memcuci tangan serta menggunakan hand sanitizer, tidak salah rasanya kita mengamalkan bacaan doa elak wabak untuk memohon perlindungan dari Allah SWT. Ini juga salah satu ikhtiar yang boleh kita lakukan. Mudah-mudakan dipermudahkan segalanya.

Hakikatnya, semua virus yang sedang aktif ini di turunkan oleh Allah SWT yang semestinya punya hikmah tersendiri. Siapa lah kita untuk melawan kuasa Allah kan? Pasti, penyakit yang diturunkan ini boleh jadi buruk di mata kasar kita, tapi ada kebaikan yang tak kita nampak.

Apa yang boleh kita buat adalah, ambil langkah berjaga-jaga serta berdoalah.

Berikut adalah Doa Elak Wabak Penyakit daripada Dato’ Hj. Mohd Murtadza Bin Hj. Ahmad, Mantan Mufti Negeri Sembilan Darul Khusus.

doa elak wabak

Cara Membaca Doa Elak Wabak: Baca doa ini sebanyak 3 kali pada setiap pagi dan petang.

“Kami berlindung dengan Mu Ya Allah! Tuhan yang memiliki keagungan dan kekuasan, kami berpegang teguh pada Mu Ya Allah! Tuhan pemilik sekelian alam ghaib, dan kami bertawakal kepada Mu Ya Allah! Tuhan yang hidup lagi tidak mati, Ya Allah! Jauhkanlah kami daripada wabak ini dan taun, dan bala bencana, (kami mohon) dengan Ihsan Mu wahai Tuhan yang Maha lemah lembut lagi Maha Menguasai! Sesungguh Dikau Maha Berkuasa di atas segala sesuatu. Selawat dan salam ke atas junjungan penghulu kami Nabi Muhammad SAW, ahli keluarganya serta sahabat-sahabat Baginda. Segala puji bagi Mu Ya Allah! Tuhan pemilik sekelian alam!”

Kita tidak boleh memohon kepada Allah سبحانه وتعالى untuk menghapuskan Wabak dan segala penyakit kerana semuanya mempunyai hikmah dari Allah سبحانه وتعالى tetapi kita disunatkan memohon dilindungi oleh Allah سبحانه وتعالى dari segala wabak penyakit tersebut sekiranya kita benar-benar layak dilindungi oleh Allah سبحانه وتعالى tetapi jika kita telah tersenarai dalam catitan Allah سبحانه وتعالى maka terimalah kerana Allah سبحانه وتعالى Maha Adil. Mungkin pada mata kasar kitalah manusia paling baik,kitalah manusia paling warak tetapi keputusanya Allah سبحانه وتعالى telah putuskan.

والله أعلم بالصواب

Wallahu A’lam Bish Shawab

(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

Sumber

Doa Elak Wabak Ke Dua

BISMILLAAHIR RAHMAANIR ROHIIM

Kami berlindung dengan Mu Ya Allah, Tuhan yang memiliki keagungan dan kekuasaan.

Kami berpaut padaMu Ya Allah, Tuhan pemilik sekalian alam, dan kami bertawakkal padaMu Ya Allah, Tuhan yang hidup lagi tidak mati.

Wahai Tuhan kami, jauhkanlah kami daripada wabak ini, lindungilah kami daripada kebinasaan yang dahsyat, dan peliharalah kami daripada segala penyakit yang berjangkit, Ta’un dan bala bencana, dengan ihsan Mu, wahai Tuhan yang Maha Lembut lagi Maha Mengetahui,

Sesungguhnya Mu Ya Allah, Maha Berkuasa ke atas segala sesuatu.

Selawat dan salam ke atas junjungan penghulu kami, Nabi Muhammad S.A.W,
ahli keluarganya, serta sahabat-sahabatnya.

Segala pujian bagi Mu Ya Allah,
Tuhan Pemilik Sekalian Alam.

Amin.

Sama-sama kita aminkan doa ini. Moga Allah terus berikan kita perlindunganNya.

Selain membaca doa elak wabak ini, kita juga seharusnya menitik beratkan pejagaan kesihatan diri supaya kita semua terhindar dari jangkitan virus yang amat bahaya ini. Sebaiknya dalam kemelut penularan penyakit ini, elakkan dari berada di tempat sesak atau ramai orang.

Pakai topeng muka yang mengikut spesifikasi dan kerap mencuci tangan menggunakan sabun atau sanitizer. Untuk menguatkan sistem imun, banyakkan mengambil makanan yang kaya vitamin C atau suplemen tambahan.

6
SHARES
ShareTweet

What you can read next

dhuha
Cara Mudah Solat Dhuha Berserta Doa Dhuha
bacaan doa iftitah
12 Cara Bacaan Doa Iftitah Dalam Sembahyang
doa buka puasa ramai
Mudah: 2 Doa Buka Puasa Ramai & Bersendirian

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Posts

  • solat sunat aidilfitri di rumah

    Cara Solat Sunat Aidilfitri Di Rumah

    Cara solat sunat Aidilfitri di rumah. Solat sun...
  • solat tarawih

    Solat Tarawih 8 Rakaat Dan Solat Witir

    Cara Solat Tarawih. Setiap tahun, seluruh umat ...
  • selawat nabi

    Koleksi Selawat Nabi Muhammad

    Selawat Nabi Muhammad SAW.Manusia sangat memerl...
  • solat taubat

    Mudah: Cara Solat Taubat

    Solat taubat dilakukan oleh seseorang yang bany...
  • dhuha

    Cara Mudah Solat Dhuha Berserta Doa Dhuha

    Solat dhuha merupakan solat sunat yang istimewa...

SAYA ISLAM

  • Ibadat
  • Pesanan
  • Sirah

Copyright © 2020
All rights reserved.

TOP