• Ibadat
  • Pesanan
  • Sirah
  • Ibadat
  • Pesanan
  • Sirah

Saya IslamSaya Sayang Islam

12 Cara Bacaan Doa Iftitah Dalam Sembahyang

bacaan doa iftitah
Megat Syafferizul
Friday, 20 March 2020 / Published in Ibadat

12 Cara Bacaan Doa Iftitah Dalam Sembahyang

7
SHARES
ShareTweet

Bacaan doa iftitah. Rasulullah s.a.w. setelah takbiratul ihram, berdiam agak lama tidak terus membaca Al-Fatihah. Di dalam diam itu baginda membaca doa iftitah.

Walaupun majoriti ulama’ menyatakan membaca doa iftitah ini hanyalah sunat dan tidak membatalkan solat sekiranya tidak dibaca, namun bagi kita yang benar-benar ingin mengikuti sunnah Nabi shalallahu ‘alaihi wasallam serta mempraktikkan suruhannya sebagaimana sabdanya “Solatlah kamu sekalian sebagaimana kamu melihat aku bersolat.” maka sewajarnya kita tidak meninggalkan doa iftitah ini.

bacaan doa iftitah

Bacaan doa iftitah bermaksud pembuka dan dibacakan dalam mana-mana solat fardu.

Bacaan doa iftitah ini disunatkan untuk dibaca selepas mengangkat takbir (takbiratul ihram)

Terdapat lebih kurang 12 bacaan doa iftitah yang diriwayatkan dalam pelbagai hadis.

Bacaan Doa Iftitah

Terdapat pelbagai bentuk bacaan doa iftitah yang diriwayatkan dalam pelbagai hadis. Antaranya adalah:

Bacaan Pertama

اللَّهُمَّ بَاعِدْ بَيْنِي وَبَيْنَ خَطَايَايَ، كَمَا بَاعَدْتَ بَيْنَ المَشْرِقِ وَالمَغْرِبِ، اللَّهُمَّ نَقِّنِي مِنَ الخَطَايَا كَمَا يُنَقَّى الثَّوْبُ الأَبْيَضُ مِنَ الدَّنَسِ، اللَّهُمَّ اغْسِلْ خَطَايَايَ بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ وَالبَرَدِ

Maksudnya: “Ya Allah, jauhkanlah aku dengan kesalahanku, sebagaimana Engkau telah jauhkan antara Timur dan Barat. Ya Allah, sucikanlah aku daripada kesalahan, sebagaimana Engkau mensucikan salju putih daripada kotoran. Ya Allah, bersihkanlah kesalahanku dengan air, salju dan embun

(Riwayat al-Bukhari, no. 744)

Bacaan Kedua

وَجَّهْتُ وَجْهِيَ لِلَّذِي فَطَرَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ حَنِيفًا، وَمَا أَنَا مِنَ الْمُشْرِكِينَ، إِنَّ صَلَاتِي، وَنُسُكِي، وَمَحْيَايَ، وَمَمَاتِي لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ، لَا شَرِيكَ لَهُ، وَبِذَلِكَ أُمِرْتُ وَأَنَا مِنَ الْمُسْلِمِينَ، اللهُمَّ أَنْتَ الْمَلِكُ لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ أَنْتَ رَبِّي، وَأَنَا عَبْدُكَ، ظَلَمْتُ نَفْسِي، وَاعْتَرَفْتُ بِذَنْبِي، فَاغْفِرْ لِي ذُنُوبِي جَمِيعًا، إِنَّهُ لَا يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا أَنْتَ، وَاهْدِنِي لِأَحْسَنِ الْأَخْلَاقِ لَا يَهْدِي لِأَحْسَنِهَا إِلَّا أَنْتَ، وَاصْرِفْ عَنِّي سَيِّئَهَا لَا يَصْرِفُ عَنِّي سَيِّئَهَا إِلَّا أَنْتَ، لَبَّيْكَ وَسَعْدَيْكَ وَالْخَيْرُ كُلُّهُ فِي يَدَيْكَ، وَالشَّرُّ لَيْسَ إِلَيْكَ، أَنَا بِكَ وَإِلَيْكَ، تَبَارَكْتَ وَتَعَالَيْتَ، أَسْتَغْفِرُكَ وَأَتُوبُ إِلَيْكَ

Maksudnya: “Aku hadapkan wajahku kepada Zat yang Maha Pencipta langit dan bumi sebagai Muslim yang ikhlas dan aku bukan termasuk dalam kalangan orang yang mensyirikkan Allah. Sesungguhnya solatku, sembelihanku, hidupku dan matiku, hanya semata-mata untuk Allah Tuhan semesta alam. Tidak ada sekutu bagi-Nya. Oleh kerana itu, aku patuh kepada perintah-Nya, dan aku termasuk dalam kalangan orang yang aku berserah diri. Ya Allah, Engkaulah Maha Penguasa. Tidak ada Tuhan yang berhak disembah selain Engkau. Maha Suci Engkau dan Maha Terpuji. Engkaulah Tuhanku dan aku adalah hamba-Mu. Aku telah menzalimi diriku sendiri dan akui dosa-dosaku. Maka, ampunilah semua dosa-dosaku. Sesungguhnya, tidak ada yang boleh mengampuni segala dosa melainkan Engkau. Tunjukilah aku akhlak yang paling terbaik. Tidak ada yang dapat menunjukkannya melainkan hanya Engkau. Jauhkanlah dariku akhlak yang buruk. Kerana sesungguhnya tidak ada yang sanggup menjauhkannya melainkan hanya Engkau. Aku patuhi segala perintahMu, dan aku tolong agama-Mu. Segala kebaikan berada di tangan-Mu. Sedangkan kejahatan tidak datang daripada-Mu. Aku berpegang teguh denganMu dan kepada-Mu. Maha Suci Engkau dan Maha Tinggi. Kumohon ampun dariMu dan aku bertaubat kepada-Mu.

(Riwayat Muslim, no. 201)

Bacaan Ketiga

اللَّهِ أَكْبَرُ وَجَّهْتُ وَجْهِيَ لِلَّذِي فَطَرَ السَّمَوَاتِ وَالْأَرْضَ حَنِيفًا مُسْلِمًا وَمَا أَنَا مِنَ الْمُشْرِكِينَ، إِنَّ صَلَاتِي وَنُسُكِي وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِي لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ لَا شَرِيكَ لَهُ وَبِذَلِكَ أُمِرْتُ وَأَنَا أَوَّلُ الْمُسْلِمِينَ، اللَّهُمَّ أَنْتَ الْمَلِكُ لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَانَكَ وَبِحَمْدِكَ

Maksudnya: “Aku hadapkan wajahku kepada Zat yang Maha Pencipta langit dan bumi sebagai Muslim yang ikhlas dan aku bukan termasuk dalam kalangan orang yang mensyirikkan Allah. Sesungguhnya solatku, sembelihanku, hidupku dan matiku, hanya semata-mata untuk Allah Tuhan semesta alam. Tidak ada sekutu bagi-Nya. Maka aku patuh kepada perintah-Nya, dan aku termasuk dalam kalangan orang yang awal berserah diri. Ya Allah, Engkaulah Maha Penguasa. Tidak ada Tuhan yang berhak disembah selain Engkau. Maha Suci Engkau dan Maha Terpuji.”

(Riwayat al-Nasa’ie, no. 898)

Bacaan Keempat

إِنَّ صَلَاتِي وَنُسُكِي وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِي لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ لَا شَرِيكَ لَهُ، وَبِذَلِكَ أُمِرْتُ وَأَنَا مِنَ الْمُسْلِمِينَ. اللَّهُمَّ اهْدِنِي لِأَحْسَنِ الْأَعْمَالِ وَأَحْسَنِ الْأَخْلَاقِ لَا يَهْدِي لِأَحْسَنِهَا إِلَّا أَنْتَ، وَقِنِي سَيِّئَ الْأَعْمَالِ وَسَيِّئَ الْأَخْلَاقِ لَا يَقِي سَيِّئَهَا إِلَّا أَنْتَ

Maksudnya: “Sesungguhnya solatku, sembelihanku, hidupku dan matiku, hanya semata-mata untuk Allah Tuhan semesta alam. Tidak ada sekutu bagi-Nya. Maka, aku patuh kepada perintah-Nya, dan aku termasuk dalam kalangan orang yang aku berserah diri. Ya Allah, tunjukilah aku amal dan akhlak yang terbaik. Tidak ada yang dapat menunjukkanku kepadanya kecuali Engkau. Jauhkanlah aku dari amal dan akhlak yang buruk. Tidak ada yang dapat menjauhkanku darinya kecuali Engkau.”

(Riwayat al-Nasa’ie, no. 896)

Bacaan Kelima

Saidina Umar ibn al-Khattab diriwayatkan pernah menguatkan bacaan doa ini ketika dalam solat iaitu:

سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ وَبِحَمْدِكَ، تَبَارَكَ اسْمُكَ، وَتَعَالَى جَدُّكَ، وَلَا إِلَهَ غَيْرُكَ

Maksudnya: “Maha suci Engkau, ya Allah. Ku sucikan nama-Mu dengan memuji-Mu. Nama-Mu penuh keberkatan. Maha Tinggi Engkau. Tiada Tuhan yang berhak disembah selain Engkau”

(Riwayat Muslim, no. 52)

Bacaan Keenam

سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ وَبِحَمْدِكَ وَتَبَارَكَ اسْمُكَ، وَتَعَالَى جَدُّكَ، وَلَا إِلَهَ غَيْرَكَ»، ثُمَّ يَقُولُ: «لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ» ثَلَاثًا، ثُمَّ يَقُولُ: «اللَّهُ أَكْبَرُ كَبِيرًا» ثَلَاثًا

Maksudnya: “Maha Suci Engkau, ya Allah. Ku sucikan nama-Mu dengan memuji-Mu. Nama-Mu penuh keberkatan. Maha tinggi Engkau. Tidak Tuhan yang berhak disembah selain Engkau, Tiada Tuhan yang berhak disembah selain Allah (3x), Allah Maha Besar (3x)”

(Riwayat Abu Daud, no. 775)

Bacaan Ketujuh

اللهُ أَكْبَرُ كَبِيرًا، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ كَثِيرًا، وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيلًا

Maksudnya: “Allah Maha Besar dengan segala kebesaran, segala puji bagi Allah dengan pujian yang banyak, Maha Suci Allah, baik waktu pagi dan petang”

(Riwayat Muslim, no. 150)

Bacaan Kelapan

الْحَمْدُ لِلَّهِ حَمْدًا كَثِيرًا طَيِّبًا مُبَارَكًا فِيهِ

Maksudnya: “Segala puji bagi Allah dengan pujian yang banyak, pujian yang terbaik dan pujian yang penuh keberkatan di dalamnya”

(Riwayat Muslim, no. 129)

Bacaan Kesembilan

اللَّهُمَّ لَكَ الحَمْدُ أَنْتَ قَيِّمُ السَّمَوَاتِ وَالأَرْضِ وَمَنْ فِيهِنَّ، وَلَكَ الحَمْدُ لَكَ مُلْكُ السَّمَوَاتِ وَالأَرْضِ وَمَنْ فِيهِنَّ، وَلَكَ الحَمْدُ أَنْتَ نُورُ السَّمَوَاتِ وَالأَرْضِ وَمَنْ فِيهِنَّ، وَلَكَ الحَمْدُ أَنْتَ مَلِكُ السَّمَوَاتِ وَالأَرْضِ، وَلَكَ الحَمْدُ أَنْتَ الحَقُّ وَوَعْدُكَ الحَقُّ، وَلِقَاؤُكَ حَقٌّ، وَقَوْلُكَ حَقٌّ، وَالجَنَّةُ حَقٌّ، وَالنَّارُ حَقٌّ، وَالنَّبِيُّونَ حَقٌّ، وَمُحَمَّدٌ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ حَقٌّ، وَالسَّاعَةُ حَقٌّ، اللَّهُمَّ لَكَ أَسْلَمْتُ، وَبِكَ آمَنْتُ، وَعَلَيْكَ تَوَكَّلْتُ، وَإِلَيْكَ أَنَبْتُ، وَبِكَ خَاصَمْتُ، وَإِلَيْكَ حَاكَمْتُ، فَاغْفِرْ لِي مَا قَدَّمْتُ وَمَا أَخَّرْتُ، وَمَا أَسْرَرْتُ وَمَا أَعْلَنْتُ، أَنْتَ المُقَدِّمُ، وَأَنْتَ المُؤَخِّرُ، لاَ إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ

Maksudnya: “Ya Allah, segala puji bagi Engkau. Engkau pemelihara langit dan bumi serta orang-orang yang berada di dalamnya. Segala puji bagi Engkau. Engkau memiliki kerajaan langit, bumi dan siapa saja yang berada di dalamnya. Segala puji bagi Engkau. Engkau adalah cahaya bagi langit, bumi dan siapa saja yang berada di dalamnya. Segala puji bagi Engkau. Engkau Raja langit dan bumi dan Raja bagi siapa saja yang berada di dalamnya. Segala puji bagi Engkau. Engkaulah al-Haq. Janji-Mu pasti benar, firman-Mu pasti benar, pertemuan dengan-Mu pasti benar, firman-Mu pasti benar, syurga itu benar adanya, neraka itu benar adanya, para nabi itu membawa kebenaran, dan Muhammad SAW itu membawa kebenaran, hari kiamat itu benar. Ya Allah, kepada-Mu lah aku berserah diri. Kepada-Mu lah aku beriman. Kepada-Mu lah aku bertawakal. Kepada-Mu lah aku bertaubat. Kepada-Mu lah aku mengadu. Dan kepada-Mu aku berhukum. Maka ampunilah dosa-dosaku. Baik yang telah aku lakukan maupun yang belum aku lakukan. Baik apa yang aku sembunyikan maupun yang aku nyatakan. Engkaulah Pemula dan Pengakhir. Tiada Tuhan yang berhak disembah selain Engkau”

(Riwayat al-Bukhari, no. 1120)

Bacaan Kesepuluh

اللهُمَّ رَبَّ جَبْرَائِيلَ، وَمِيكَائِيلَ، وَإِسْرَافِيلَ، فَاطِرَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ، عَالِمَ الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ، أَنْتَ تَحْكُمُ بَيْنَ عِبَادِكَ فِيمَا كَانُوا فِيهِ يَخْتَلِفُونَ، اهْدِنِي لِمَا اخْتُلِفَ فِيهِ مِنَ الْحَقِّ بِإِذْنِكَ، إِنَّكَ تَهْدِي مَنْ تَشَاءُ إِلَى صِرَاطٍ مُسْتَقِيمٍ

Maksudnya: “Ya Allah, Tuhan malaikat Jibril, Mikail, dan Israfil. Pencipta langit dan bumi. Yang mengetahui hal ghaib dan juga nyata. Engkaulah hakim di antara hamba-hamba-Mu dalam hal-hal yang mereka perselisihkan. Tunjukkanlah aku kebenaran dalam apa yang diperselisihkan, dengan izin-Mu. Sesungguhnya Engkau memberi petunjuk menuju jalan yang lurus, kepada siapa saja yang Engkau kehendaki.”

(Riwayat Muslim, no. 200)

Bacaan Kesebelas

Rabi’ah al-Jurasyi berkata: “Aku bertanya kepada A’isyah: ‘Apakah yang telah dibaca oleh Nabi SAW sekiranya Baginda bangun beribadah di malam hari? Dengan apakah Baginda beriftitah?’ A’isyah menjawab:

كَانَ يُكَبِّرُ عَشْرًا، وَيُسَبِّحُ عَشْرًا، وَيُهَلِّلُ عَشْرًا، وَيَسْتَغْفِرُ عَشْرًا، وَيَقُولُ: «اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي، وَاهْدِنِي وَارْزُقْنِي» عَشْرًا، وَيَقُولُ: «اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ الضِّيقِ يَوْمَ الْحِسَابِ» عَشْرًا

Maksudnya: “Baginda bertakbir sepuluh kali, bertasbih sepuluh kali, tahlil sepuluh kali dan beristighfar sepuluh kali, kemudian membaca doa‘اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي وَاهْدِنِي وَارْزُقْنِي sepuluh kali, kemudian membaca اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ الضِّيقِ يَوْمَ الْحِسَابِ sepuluh kali.”

(Riwayat Ahmad, no. 24250)

Bacaan Keduabelas

اللَّهُ أَكْبَرُ ذُو الْمَلَكُوتِ وَالْجَبَرُوتِ، وَالْكِبْرِيَاءِ وَالْعَظَمَةِ

Maksudnya: “Allah Maha Besar. Yang memiliki kerajaan besar, kekuasaan, kebesaran, dan keagungan”

(Riwayat Ahmad, no. 23375)

Bacaan doa iftitah yang afdhal di sisi para ulama’ Syafi’iyyah adalah bacaan yang kedua. Imam al-Nawawi menyebutkan bahawa ini diikuti dengan bacaan (bacaan pertama) yang terpada pada hadith Abu Hurairah. Gabungan kedua-dua doa ini digalakkan sekiranya kita bersendirian atau ketika menjadi imam dan makmun tidak bermasalah dengan bacaannya yang panjang. Sekiranya menjadi imam, pandangan yang terpilih adalah diringkaskan (bacaan kedua) sehingga frasa (وَأَنَا مِنَ الْمُسْلِمِينَ). (Lihat al-Majmu’, 3/ 321). Manakala hukum membaca doa iftitah dalam solat sunat mahupun solat wajib adalah sunat. Ini sebagaimana yang dinyatakan oleh Imam al-Nawawi:

واعلم أن هذه الأذكار مستحبّة في الفريضة والنافلة

“Ketahuilah bahwa semua doa-doa ini (pelbagai versi doa iftitah dalam hadis) hukumnya sunat dalam solat wajib mahupun solat sunat.” (Lihat al-Azkar, 1/107).

Semoga penjelasan mengenai bacaan doa iftitah ini memberikan kefahaman kepada kita dalam memperelokkan ibadah solat kita. Wallahu a’lam.

Sumber

7
SHARES
ShareTweet

What you can read next

puasa sunat
6 Jenis Puasa Sunat Amalan Nabi Muhammad SAW
doa buka puasa ramai
Mudah: 2 Doa Buka Puasa Ramai & Bersendirian
Doa Elak Wabak
2 Doa Elak Wabak Penyakit Merebak

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Posts

  • solat sunat aidilfitri di rumah

    Cara Solat Sunat Aidilfitri Di Rumah

    Cara solat sunat Aidilfitri di rumah. Solat sun...
  • solat tarawih

    Solat Tarawih 8 Rakaat Dan Solat Witir

    Cara Solat Tarawih. Setiap tahun, seluruh umat ...
  • selawat nabi

    Koleksi Selawat Nabi Muhammad

    Selawat Nabi Muhammad SAW.Manusia sangat memerl...
  • solat taubat

    Mudah: Cara Solat Taubat

    Solat taubat dilakukan oleh seseorang yang bany...
  • dhuha

    Cara Mudah Solat Dhuha Berserta Doa Dhuha

    Solat dhuha merupakan solat sunat yang istimewa...

SAYA ISLAM

  • Ibadat
  • Pesanan
  • Sirah

Copyright © 2020
All rights reserved.

TOP